Broga Hill | TEGUH PRASETYO

Broga Hill

Posted on Posted in DESTINASI

Broga Hill | TEGUH PRASETYO

Broga Hill a.k.a Bukit Broga

Broga Hill Bukit Broga terletak di bahagian Timur Pekan Semenyih, sejauh 4 kilometer menghala ke Broga. Teletak di ketinggian 400m dari paras laut, Bukit Broga kini menjadi tempat tumpuan orang ramai terutama di hari minggu dan cuti sebagai tempat rekreasi. Dengan ketinggian yang sederhana ini, tidak terlalu tinggi, ianya mampu menjadi lokasi latihan bagi mereka yang suka dengan aktiviti pendakian dan juga sesiapa yang baru mula berjinak-jinak dengan aktiviti pendakian. Broga Hill juga menjadi lokasi bagi penggemar fotografi untuk merakam gambar matahari terbit dan terbenam. Ia juga merupakan awal pendakian untuk mendaki Gunung Tok Wan.


Sebelum itu, mari kita saksikan video Timelapse keindahan matahari yang cantik di puncak Broga Hill yang saya ambil dari Youtube ini untuk tontonan anda. Semoga ia nya menjadi inspirasi kepada anda untuk mendaki ke puncak Broga Hill ini dan saksikan sendiri keindahan permandangan di saat matahari terbit.


Persediaan DIRI SEBELUM Menawan Broga Hill

Anda haruslah bersedia untuk mendaki Broga Hill ini. Sungguhpun Broga Hill ini tidak terlalu tinggi tetapi ianya memerlukan persediaan diri yang lengkap. Berikut adalah persediaan diri yang saya cadangkan untuk anda yang ingin untuk mendaki Broga Hill.

Masa

Membuat rancangan terlebih dahulu. Perjalanan mendaki sampai ke puncak mengambil masa selama 40 – 60 minit, bergantung kepada kelajuan anda mendaki. Jika anda hendak melihat matahari terbit adalah digalakkan mula mendaki sebelum jam 7 atau lebih awal. Lagi awal lagi bagus kerana jika ramai orang di atas puncak yang datang dengan niat melihat keindahan matahari terbit. Jika anda lambat, tempat yang strategik akan di ambil orang. Datanglah awal.

Lihat ramalan cuaca untuk hari anda mahu pergi mendaki. Elakkan pergi ketika musim hujan kerana jalan trekking itu akan menjadi licin dan sedikit bahaya.

Kesihatan

Tiada siapa yang akan tolong anda melainkan diri anda. Itu lah kata kata yang harus dipegang. Kesihatan diri dan persediaan mental adalah penting. Kita haruslah memastikan kesihatan tubuh badan serta minda kita dalam keadaan yang baik. Ia nya adalah penting untuk semua aktiviti lasak tidak kira lah mendaki atau yang lain. Pastikan kita mempunyai stamina yang kuat untuk mendaki supaya kita kuat untuk sampai ke puncak.

Pastikan juga anda makan dan minum yang secukupnya sebelum memulaka pendakian. Jangan makan makanan yang berat, cukup sekadar alas perut dan dapatkan tenaga. Jika terlebih makan anda akan jadi berat dan malas.

Jangan lupa untuk melakukan senaman ringan untuk regangan badan atau streching. Ia nya amat penting jika tidak anda akan merasa sakit-sakit badan di kemudian hari.

Pakaian

Pakaian apa yang sesuai? Pakai lah apa yang selesa untuk anda. Tiada peraturan mengenai pemakaian atau dress code di sana. Untuk melakukan aktiviti lasak takkan kita pakai baju kerja kan. Mestilah pakai pakaian sukan yang selesa. Pastikan anda pakai baju dan seluar sukan yang nipis dan ringan. Pakaian anda juga adalah yang jenis menyerap peluh. Elakkan pakai pakaian tebal atau sweater tebal. Juga bawa tuala kecil atau tuala gym.

Kasut

Kasut sukan adalah pilihan yang tepat. Tetapi, kasut sukan yang mempunyai tapak yang mencengkam atau pun grip adalah lebih tepatTidak perlulah kasut mendaki, Bukit Broga ini tidaklah berapa curam berbanding gunung lain. Sekadar kasut sukan yang berkualiti sudah mencukupi. Anda juga haruslah bersedia untuk kasut anda menjadi kotor terkena tanah atau lumpur. Jadi, elakkan pakai kasut kegemaran anda.

Sarung Tangan

Sarung tangan bukanlah satu keperluan tetapi baik juga dibawa terutamanya perempuan. Anda mesti tidak mahu tangan anda yang cantik dan mulus itu calar atau terluka. Ia nya dapat memberi perlindungan kepada tangan anda. Pilih sarung tangan atau glove yang mempunyai cengkaman atau grip yang kuat.

Makanan / Air

Sediakan makanan dan air secukupnya untuk dibawa semasa mendaki dan juga setelah sampai ke puncak. Anda mestilah mahu menikmati permandangan sambil beriadah di atas sana. Pastikan anda hanya bawak makanan dan air yang secukup sahaja. Ini kerana anda akan terbeban dengan berat jika anda terlebih bawa. Cukup la sekadar bawa 2 botol air mineral besar atau air isotonik untuk di minum semasa mendaki.

Beg Plastik

Beg plastik amat lah penting. Beg plastik adalah untuk membawa segala sampah yang anda buat atau terdapat di sana. Kutip dan simpan sampah yang anda nampak sepanjang anda mendaki atau semasa anda di puncak. Ini sebagai praktis dan budaya yang baik untuk kita terapkan didalam diri supaya menjaga kebersihan di mana sahaja kita berada. Terutamanya kepada alam semulajadi. Kita harus menjaga alam semulajadi kerana ia adalah untuk kita juga. Seperti kata kata terkenal;

“Cuba tinggalkan Bumi kita sedikit lebih baik daripada semasa kita datang ke Bumi” 

Saksikan juga video ini untuk pengalaman mendaki Broga Hill. Sangat menarik.

kredit kepada Ell Rosli.


Anda juga digalakkan untuk memberi tips atau keperluan lain yang diperlukan untuk mendaki Bukit Broga ini. Anda boleh memberi cadangan di komen dan saya akan masukkan kedalam artikel ini. Terima kasih.


Lihat juga artikel

 

 

 

 

 

Ruang Komen