Cara Mandi Wajib | TEGUH PRASETYO

Cara Mandi Wajib

Mandi atau Al-Ghuslu adalah mengalirkan air pada sesuatu, secara syariat Al-Ghuslu itu meratakan air pada seluruh anggota badan dengan menggunakan cara yang tertentu. Cara mandi wajib yang betul adalah amat penting. Jika mandi wajib kita tidak sah, semua amalan ibadah kita tidak sah.


Perkara yang mewajibkan Mandi Wajib

  1. Bersetubuh – Sama ada keluar mani atau tidak. Bertemu dua khitan (memasukkan hasyafah ataupun batasan zakar yang disunatkan ke dalam faraj perempuan)
  2. Keluar Mani – Sama ada sengaja atau pun tidak
  3. Orang Kafir Masuk Islam
  4. Kematian
  5. Haid
  6. Nifas – Darah perempuan selepas bersalin
  7. Wiladah – Perempuan bersalin

Dalam sebuah hadis dari Aisyah R.A berkata

إِنَّ رَجُلاً سَأَلَ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- عَنِ الرَّجُلِ يُجَامِعُ أَهْلَهُ ثُمَّ يُكْسِلُ هَلْ عَلَيْهِمَا الْغُسْلُ وَعَائِشَةُ جَالِسَةٌ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- « إِنِّى لأَفْعَلُ ذَلِكَ أَنَا وَهَذِهِ ثُمَّ نَغْتَسِلُ

“Seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullahh SAW tentang seorang lelaki yang menyetubuhi isterinya namun tidak sampai keluar air mani. Apakah keduanya wajib mandi?
Sedang Aisyah R.A ketika itu sedang duduk di sampingnya, maka Rasulullah SAW bersabda, “Aku sendiri pernah bersetubuh dengan wanita ini (yang dimaksud adalah Aisyah R.A) namun tidak sampai keluar air mani, kemudian kami pun mandi.” (HR. Muslim no. 350)

Imam Asy-Safie telah menyatakan bahawa yang dimaksud “Junub” dalam bahasa Arab maka dimutlatkan secara hakikat pada Jima’ atau hubungan badan suami isteri meskipun tidak mengeluarkan air mani.


Tata Cara Mandi Wajib

Cara Mandi Wajib 1

Rukun Mandi Wajib

  1. Niat
  2. Basuh seluruh badan yang zahir – Meratakan air ke seluruh badan termasuklah rambut, bulu-bulu yang terdapat pada anggota badan, kulit telinga luar, kemaluan dan dubur perempuan dan lelaki yang zahir.
    Bagi perempuan, rambut haruslah di urai dari ikatan.

Cara – cara mandi wajib

  1. Niat semasa air sampai ke tubuh
  2. Membaca “Bismillah”
  3. Cuci tangan sebanyak 3 kali
  4. Ambil air dan cuci kemaluan dengan tangan kiri
  5. Bersih (suci) tangan kiri dengan sabun
  6. Ambil wuduk – ambil wuduk seperti biasa untuk solat
  7. Basuh kepala dengan usap ubun rambut merata lalu menyiram air sebanyak 3 kali.
    Ini berdasarkan hadis dari Aisyah R.A di dalam sahih Al-Bukhari bermaksud, “Kemudian Baginda Rasulullah SAW memasukkan jari-jarinya ke dalam air, kemudian mengusap rambutnya, kemudian Baginda menyiram kepalanya sebanyak 3 kali menggunkan kedua tangannya. “Ketika menyiram kepala hendaklah dimulakan dengan bahagian kanan dahulu, kemudian bahagian kiri dan bahagian tengah kepala. Ini berdasarkan hadis Aisyah R.A yang bermaksud, “Baginda Rasulullah SAW menyiram kepala nya di bahagian kanan kemudian bahagian kiri.“Bagi perempuan yang mandi untuk haid atau junub, perlulah melepaskan uraian atau ikatan rambutnya dahulu. Ini berdasarkan hadis Aisyah R.A dalam sahih Al-Bukhari di mana beliau kedatangan haid ketika menunaikan ibadah haji. Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Tinggalkanlah umrahmu, lepaskanlah ikatan rambutmu ketika mandi dan sisirlah rambutmu
  8. Memulakan mandi dengan bahagian kanan tubuh
    Dari Aisyah R.A dalam Sahih Muslim, “Sesungguhnya Rasulullah SAW suka mendahulukan bahagian kanan dalam semua urusannya, ketika memakai kasut, ketika bersikat dan ketika bersuci“.
  9. Meratakan air ke seluruh anggota badan yang zahir.
  10. Ambil wuduk jika hendak menunaikan solat fardhu

Video untuk lebih penjelasan mengenai cara mandi wajib melalui ceramah  dari penceramah bebas terkenal di Malaysia iaitu Ustaz Azhar Idrus.


Segala maklumat di atas ini di ambil dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Silakan kongsi maklumat ini bersama keluarga dan sahabat anda semua. Semoga ianya memberi manfaat kepada kita.

Berdasarkan Hadis R.Tirmidzi yang bermaksud,

“Nabi Muhammad SAW bersabda: Pahala akan terus mengalir kepada orang yang menyampaikan ilmu kepada orang lain lalu diamalkan,meskipun ia telah wafat”.(HR.Tirmidzi)


Lihat juga artikel

 

Ruang Komen