Dajjal | TEGUH
Dajjal, Kisah Kemunculan Dajjal
Posted on Posted in ROHANI

Dajjal | TEGUH

AL MASIH AD DAJJAL

Kemunculan Dajjal

Hadis Sahih Shawahid oleh Sheikh Mustafa al ‘Adawi dalam Sahih al Musnad, Hadis al Fitan (Jilid: 1991, m/s: 496)

Sabda Nabi Muhammad ﷺ:

“Dajjal (penipu pada waktu akhir zaman), Ia akan datang, Dia akan memanjat dan menetap di atas Jabal Habshi, melihat ke arah Madinah dan bertanya kepada para pengikutnya; ”Adakah anda melihat Istana Putih itu? Itu lah Masjid Muhammad.”

Kemudian Dajjal cuba datang untuk mendekati kota Madinah dan mencari jalan di setiap sudut namun Malaikat menghalangnya dengan pedang dan dia akan sampai ke tanah lapang Al Jurf dan membuat kem.

Kota Madinah akan bergegar sebanyak tiga kali dan akan ada orang  tidak Islam dan munafik lelaki atau wanita keluar untuk menyertainya, ini adalah hari pembersihan”


Dari Anas bin Malik R.A (HR. Bukhari:1881 dan Muslim: 2943):

Sabda Nabi Muhammad ﷺ:

“Semua negeri akan dimasuki oleh Dajjal kecuali Makkah dan Madinah, semua jalan masuk dikawal oleh para Malaikat yang berbaris-baris, kemudian dia turunlah di suatu tanah yang berpasir di luar Madinah.

Lalu kota Madinah akan bergoncanglah sebanyak 3 kali, dan dari goncangan-goncangan itu Allah SWT akan mengeluarkan setiap orang2 kafir dan munafik menuju kepadanya”

Hadis Sahih HR. Bukhari (Jilid:2 No:240)

Sabda Nabi Muhammad ﷺ:

“Al Masih Dajjal tidak akan memasuki Madinah pada saat itu yang memiliki 7 gerbang yang di setiap satu gerbangnya akan dijaga oleh 2 Malaikat”

Pada masa kini, terdapat 7 jalan utama untuk kita boleh sampai ke Madinah. Mengikut hadis di atas, setiap satu nya akan dijaga oleh Malaikat bagi menghalang Dajjal memasuki Kota Suci Madinah.

Pada saat Nabi Muhammad ﷺ bersabdakan hadis di atas ini, Masjid An-Nabawi masih dalam keadaan yang sangat sederhana kerana diperbuat daripada lumpur basah dan batu bata yang berwarna kecoklatan. Namun, pada saat ini Masjid An-Nabawi kini telah menjadi masjid yang besar dan sangat indah bak Istana Putih


Dajjal | TEGUH

Gambar di atas Istana Dajjal di atas bukit Jabal Habshi yang dikatakan kini telah di bina dan boleh di lihat dari Kota Madinah dan Masjid An-Nabawi. Jarak nya adalah 7km dari kedua-duanya.


Paras rupa Dajjal

Dajjal akan muncul sebagai manusia biasa seperti kita. Bagi untuknya muncul dalam masyarakat masa kini, dia haruslah muncul secara logik dan dapat diterima akal bersesuaian dengan masa kini. Ia nya amat penting kerana ia akan menarik lebih ramai pengikut daripada muncul dalam rupa paras yang menakutkan orang-ramai.

Riwayat At-Tirmidzi:

“Orang tua Dajjal tidak pernah mendapatkan anak selama 30 tahun, kemudian lahirlah dari keduanya seorang anak lelaki yang hanya bermata satu, ….”

Dengan bantuan syaitan dan jin, dia akan berusaha menukarkan susuk tubuhnya dan rupa wajahnya agar diterima orang ramai. Wajah yang paling sesuai adalah wajah-wajah golongan Yahudi. Kemungkinan besar ia muncul sebagai ahli politik yang unggul, terkenal dan disukai oleh semua orang termasuk umat Islam, Hindu dan Buddha.

Dajjal akan merupai diri sebagai Nabi Isa A.S

Wajah sebenarnya akan diterdedah semasa dia bertentangan mata dengan Nabi Isa A.s di pintu Bablud nanti. Jika dia menjelma menjadi dirinya sendiri iaitu bermata satu, maka sia-sialah pengembaraannya selama beribu-ribu tahun.

Bukankah Nabi Muhammad ﷺ telah berpesan bahawa Dajjal akan mendakwa dirinya sebagai seorang Nabi pada awal kemunculannya? Dan kemudian mendakwa dirinya Tuhan?

Muka Dajjal akan cair sebaik sahaja bertentang mata Nabi Isa dan akan menampakkan wajah sebenarnya. Siapakah yg sedang dinanti oleh umat Islam dan umat agama Kristian pada akhir zaman ini, Nabi Isa A.S. Maka dengan itu lah ia menggunakan rupa Nabi Isa A.S dan mempunyai peluang dan manfaat besar utk memperdayakan sekalian umat manusia.


FITNAH DAJJAL

Menghidupkan orang yang telah meninggal dunia

Sabda Nabi Muhammad ﷺ:

“Di antara tipu dayanya itu juga dia berkata : “Seandainya aku sanggup menghidupkan ayah atau ibumu yang sudah lama meninggal dunia itu, apakah engkau mengaku aku sebagai Tuhanmu?”Orang itu akan berkata: “Tentu.” Maka syaitan pun datang menyamar seperti ayah atau ibunya. Rupanya sama, sifat-sifatnya sama dan suaranya pun sama.Ibu bapanya berkata kepadanya: “Wahai anakku, ikutilah dia, sesungguhnya dialah Tuhanmu.”

“Keluarlah pada hari itu seorang yang terbaik atau di antara orang terbaik. Dia berkata: ‘Aku bersaksi engkau adalah Dajjal yang telah disampaikan kepada kami oleh Rasulullah SAW.’ Dia berkata: ‘Apa pendapat kalian jika aku bunuh dia dan aku hidupkan kembali apakah kalian masih ragu kepadaku?’ Mereka berkata: ‘Tidak.’ Maka dia membunuhnya dan menghidupkannya kembali…” [HR. Muslim No. 2938]

Syurga dan Neraka Bersamanya

Dari Hudzaifah RA,

Sabda Nabi Muhammad ﷺ:

“Dajjal cacat matanya yang kiri, keriting rambutnya, bersamanya syurga dan nerakanya. Nerakanya adalah syurga dan syurganya adalah neraka.” [HR. Muslim No. 2934]

Menurunkan Hujan

Dari An-Nawwas bin Sam’an radhiyallahu ‘anhu:

Sabda Nabi Muhammad ﷺ:

“Dia datang kepada satu kaum mendakwahi mereka. Merekapun beriman kepadanya, menerima dakwahnya. Maka Dajjal memerintahkan langit untuk hujan dan memerintahkan bumi untuk menumbuhkan tanaman, maka turunlah hujan dan tumbuhlah tanaman” [HR. Muslim No. 2937]

Air, Sungai, dan Gunung Roti Dajjal

Sabda Nabi Muhammad ﷺ:

“Sesungguhnya bersama dia ada syurga dan nerakanya, sungai dan air, serta gunung roti. Sesungguhnya syurganya Dajjal adalah neraka dan nerakanya Dajjal adalah syurga.” [HR. Ahmad]

Dari ‘Uqbah bin ‘Amr radhiyallahu ‘anhu,

Sabda Nabi Muhammad ﷺ:

 “Sungguh Dajjal akan keluar dan bersamanya ada air dan api. Apa yang dilihat manusia air sebenarnya adalah api yang membakar. Apa yang dilihat manusia api sesungguhnya adalah air minum dingin yang segar. Barangsiapa di antara kalian yang mendapatinya hendaknya memilih yang dilihatnya api, kerana itu adalah air segar yang baik.” [HR. Muslim No. 2935]


Dajjal | TEGUH

KEBIMBANGAN UMAT AKHIR ZAMAN

Kita sebagai umat Nabi Muhammad ﷺ yang berada pada akhir zaman kita harus bimbang tentang perkara di bawah:

  1. Ketika Dajjal muncul di tengah-tengah masyarakat kita, tetapi tiada seorang pun tahu ia adalah Dajjal kerana raut wajahnya telah diubah seperti manusia biasa.
  2. Ketika munculnya Imam Mahdi, tetapi tiada seorang pun sedar dia adalah Imam Mahdi kecuali orang-orang beriman tertentu yang ditakdirkan Allah sahaja.
  3. Ketika turunnya Nabi Isa, tetapi tiada seorang pun sedar ia adalah Nabi Isa kerana ketika itu manusia berada dalam keadaan sangat jahil dan sentiasa merasakan dunia masih lagi bukan era akhir zaman.

Tanya lah kepada adakah diri kita telah siap sedia berhadapan dengan Dajjal dan fitnah nya?

Akan tetapi haruslah diingatkan bahawa Dajjal tidak akan datang kepada setiap manusia dan di setiap tempat di bumi ini dengan menampakkan dirinya yang buta sebelah matanya (luaran) untuk membuktikan dan juga menyesatkan manusia tetapi cukup sekadar menciptakan satu konsep atau sistem kehidupan yg mana manusia akan dijadikan hamba dalam pelbagai unsur duniawi yang lalai, penuh nikmat, tiada panduan Allah dan jauh dari pegangan juga petunjuk Al Quran dan As Sunnah agar umat Islam sentiasa lalai dan menjauhkan diri dari beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT sehinggakan dalam diam ia membutakan ‘mata hati’ di dalam diri kita.

Kita haruslah sentiasa beringat dan sentiasa menambah dan mengukuhkan iman dalam diri kita dengan menghidupkan cara As-Sunnah dan berpegang kepada petunjuk Al Quran. Semoga kita semua selamat dari fitnah terbesar di akhir zaman ini iaitu fitnah Al Masih Ad Dajjal. Amin


Lihat juga artikel

Ruang Komen