0

Hadiah Untuk Lelaki Menarik & Menjadi Idaman

Sering kali terjadi kepada kita apabila sampai masa untuk mencari hadiah untuk lelaki kesayangan kita, sama ada kekasih, abang, mahupun ayah. Kita akan buntu memikirkan apa hadiah paling sesuai untuk mereka.

Anda pastinya ingin kan sesuatu yang menarik dan bermakna untuk dijadikan hadiah untuk lelaki anda. Anda perlukan idea dan contoh untuk menjadi pemangkin kepada idea bernas supaya muncul agar anda mampu membuat kejutan.

Ikuti contoh dan idea bernas untuk anda rujuk dikala mencari hadiah untuk lelaki kesayangan anda. Lihat senarai di bawah ini dan dapatkan hadiah yang terbaik untuk kesayangan anda sekarang!

hadiah untuk lelaki kekasih suami

Hadiah untuk lelaki stylo

Jika lelaki kesayangan anda adalah seorang yang stylo atau gemar bergaya. Maka anda patut dapat kan hadiah yang bersesuaian dengan gaya dia. Sama ada gaya kemas atau formal, gaya casual ataupun sempoi tapi tetap bergaya. Lihat pasangan anda dan cari lah hadiah yang bersesuai dengan gaya dia.

Di bawah adalah sedikit idea untuk anda pilih untuk dijadikan hadiah.

  • Kaca Mata Gelap (Sunglasses)
  • Set pakaian
  • Beg Dompet Kulit RFID
  • Pouch berzip untuk Tali Leher
  • Jam Tangan (Smartwatch)

Hadiah untuk lelaki lasak

Jika pasangan anda atau lelaki yang anda ingin beri hadiah adalah seorang yang aktif atau gemar aktiviti lasak, anda hendaklah ikut gaya hidup dia. Bukan nya ikut segala aktiviti, tetapi sokong semua aktiviti dia lakukan dan tidak salah jika anda tunjukkan sedikit minat dengan menghadiahkan barang yang berkenaan dengan aktiviti itu.

Di bawah adalah sedikit idea untuk anda pilih untuk dijadikan hadiah.

  • Action camera (GoPro)
  • Set sukan (Badminton, Kasut bola, Swimming suit)
  • Vitamin sukan
  • Fire Starter Untuk berkhemah (All Weather Emergency)
  • Pakej sesi menjadi Fighter Pilot

Hadiah untuk lelaki keluarga

Jika lelaki itu adalah ahli keluarga contohnya ayah, abang atau adik lelaki, anda patut harus tahu kerana meraka adalah keluarga anda sendiri. Anda patut tahu apa mereka minat atau suka. Kalau anda tidak tahu boleh lah bertanya dengan ahli keluarga lain. Tanya mereka untuk mendapatkan idea apa yang boleh anda beli sebagai hadiah.

Di bawah adalah sedikit idea untuk anda pilih untuk dijadikan hadiah.

  • Pokok Bonsai
  • Mainan Video Playstation 4
  • Bingkai Gambar Keluarga
  • Buatkan Sendiri Kek Coklat

Hadiah untuk lelaki sahabat

Jika lelaki itu adalah sahabat lelaki anda, anda boleh lah dapatkan apa juga yang mereka suka atau minat. Anda sudah bersahabat dengan mereka, anda patut mengenali mereka (luar dalam orang orang kata). Namun, jika anda tidak begitu tahu, anda boleh bertanya kenalan dia yang lain atau direct tanya dia terus. Senang.

Di bawah adalah sedikit idea untuk anda pilih untuk dijadikan hadiah.

  • Kit Mencukur (Shaving Kit)
  • Bag kecil (Messenger bag)

Hadiah untuk lelaki kekasih

Random

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *