SOLAT TAHAJJUD DAN KEAJAIBAN

Solat tahajjud

Sabda Rasulullah SAW:

“Jika matahari sudah terbenam, aku gembira dengan datangnya malam dan manusia tidur kerana inilah saat hanya ada Allah dan aku.”

Rasulullah SAW dan para sahabat Baginda selalu melaksanakan solat tahajjud. Solat tahajjud adalah solat yang sangat mulia. Dilakukan di waktu malam kerana waktu malam adalah saat terbaik untuk menunaikan solat. Waktu menunaikan solat ini adalah selepas solat fardu Isyak, setelah bangun tidur walaupun tidur sebentar sehingga menjelang waktu Subuh. Waktu yang paling afdal adalah seper tiga malam yang terakhir.

Keajaiban melaksanakan solat tahajjud telah tercatat dalam Al Quran. Terdapat pelbagai keajaiban jika kita melaksanakan serta mengamalkan solat ini dalam kehidupan kita.


Tiket Masuk Ke Syurga Allah

Abdullah Ibn Muslin berkata “Kalimah yang pertama kali kudengar dari Rasulullah SAW saat itu adalah,

“Hai sekalian manusia! Sebarkanlah salam, bagikanlah makanan, eratkanlah silaturahim, tegakkanlah solat sunat malam saat manusia lainnya sedang tidur, nescaya kalian masuk syurga dengan selamat.” (HR. Ibnu Majah).


Rahmat Allah

Abu Hurairah berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Semoga Allah merahmati semua lelaki yang bangun malam, lalu melaksanakan solat sunat dan membangunkan isterinya. Jika sang isteri menolak, ia memercikkan air di wajahnya. Juga, merahmati perempuan yang bangun malam, lalu solat dan membangunkan suaminya. Jika sang suami menolak, ia memercikkan air di wajahnya.” (HR. Abu Daud)


Nikmat Di Akhirat

Allah SWT berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa berada di dalam taman-taman syurga dan di mata air-mata air, seraya mengambil apa yang Allah berikan kepada mereka. Sebelumnya mereka adalah telah berbuat baik sebelumnya(di dunia), mereka adalah orang-orang yang sedikit tidurnya di waktu malam dan di akhir malam mereka memohon ampun kepada Allah).” (QS. Az Zariyat: 15-18)

Ayat di atas ini menunjukkan bahawa orang yang senantiasa melaksanakan solat tahajjud, Allah akan memberikan balasan yang sangat nikmat di akhirat kelak.


Terlepas DariPada Ikatan Syaitan

Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah Saw bersabda:

“Syaitan akan mengikat kepala seseorang yang sedang tidur dengan ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang itu bangkit seraya menyebut nama Allah, maka terlepaslah ikatan pertama, apabila ia berwudhu maka akan terbukalah ikatan kedua, apabila dia solat akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasa bersemangat dan ketenangan jiwa, jika tidak maka dia akan malas dan kekusutan jiwa.”


Waktu Paling Mustajab

Allah SWT berjanji akan mengabulkan doa orang-orang yang menunaikan solat tahajjud dengan ikhlas. Dari Jabir berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya di malam hari , ada satu saat yang ketika seorang muslim meminta kebaikan dunia dan akhirat, pasti Allah memberinya, Itu berlangsung setiap malam.” (HR. Muslim)

Amru Ibn ‘Abasah berkata,

“Aku bertanya kepada Rasulullah SAW, “Ya Rasulullah! Malam apakah yang paling di dengar?”, Rasulullah SAW menjawab, “Tengah malam terakhir, maka solat lah sebanyak yang engkau inginkan, sesungguhnya solat waktu tersebut adalah maktubah masyudah (waktu yang apabila bermunajat, maka Allah menyaksikannya dan apabila berdoa maka didengar doanya)” (HR. Abu Daud)


Meraih Kemuliaan

Rasulullah SAW bersabda:

“Jibril mendatangiku dan berkata, “Wahai Muhammad, hiduplah sesukamu, kerana engkau akan mati, cintailah orang yang engkau suka, kerana engkau akan berpisah dengannya, lakukanlah apa keinginanmu, engkau akan mendapatkan balasannya, ketahuilah bahawa sesungguhnya kemuliaan seorang muslim adalah solat waktu malam dan ketidakperluannya di muliakan orang lain.” (HR. Al Baihaqi)


Pembersih penyakit hati dan Badan

“Hendaklah kalian bangun malam. Sebab hal itu merupakan kebiasaan orang-orang saleh sbelum kalian. Wahana pendekatan diri pada Allah Swt, penghapus dosa, dan pengusir penyakit dari dalam tubuh.” (HR. At-Tarmidzi)

Salman Al Farisi berkata, Rasulullah SAW bersabda:

“Dirikanlah solat malam, kerana sesungguhnya solat malam itu adalah kebiasaan orang-orang soleh sebelum kamu, solat malam dapat mendekatkan kamu kepada Tuhanmu, solat malam adalah sebagai penebus perbuatan buruk, mencegah berbuat dosa, dan menghindarkan diri dari penyakit yang menyerang tubuh.” (HR. Ahmad)

Firman Allah SWT:

“Dan hamba-hamba Tuhan Yang Maha Penyayang itu (ialah) orang-orang yang berjalan di atas bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang baik. Dan orang yang melewati malam hari dengan bersujud dan berdiri untuk Tuhan mereka.” (QS. Al-Furqan: 63-64)


Terdapat pelbagai lagi kelebihan dan keajaiban Solat Tahajjud yang akan kita perolehi jika kita melaksanakan dan mengamalkannya. Diatas adalah sedikit kelebihan yang akan kita perolehi. Semoga ia nya memberi manfaat dan dorongan untuk saya dan anda untuk terus istiqamah untuk menunaikan solat sunat tahajjud. Lihat sini untuk panduan solat tahajjud [link]

Dibawah adalah video mengenai cara menunaikan solat tahajjud, semoga ianya memberi penerangan yang bagus untuk anda.


 

Lihat juga Artikel:

Ruang Komen