Kek Coklat Moist Meleleh | Tips Dan Resepi Mudah

Posted on Posted in SELERA

Kek Coklat Moist 1

Kek Coklat Moist TERBAIK

“Chocolate makes everything better!”
Itu la yang di ungkapkan oleh kita apabila kita terfikir mengenai coklat.

Kek coklat moist ini adalah kek kukus coklat yang dilimpahi oleh coklat ganache yang mengiurkan. Kek coklat moist adalah kegilaan sesiapa sahaja. Tidak kira lah anda sekarang ini tua atau muda, kaya atau miskin, kecil atau besar. Anda pasti akan menyukainya dan menikmati sehingga menjilat jari.

Kek Coklat Moist

Sekarang saya akan berkongsi cara-cara dan tips mudah untuk membuat kek coklat moist yang sedap dan terbaik. Berikut adalah bahan-bahan yang harus anda sediakan untuk membuat kek coklat moist ini. Sila ambil maklum bahawa kuantiti dan sukatan ini menggunakan sukatan cawan.

Bahan-Bahan Kek Coklat Moist:

Bahan Pertama:

  • Satu (1) cawan serbuk koko
  • Satu (1) cawan gula pasir
  • Satu (1) cawan susu cair
  • Satu (1) cawan minyak masak atau marjerin dicairkan
  • Setengah (1/2) cawan susu pekat manis

Bahan Kedua:

  • Satu (1) dan suku (1/4) cawan tepung gandum
  • Satu (1) sudu serbuk penaik
  • Satu (1) sudu soda bikarbonat
  • Empat (4) biji telur
  • Satu (1) sudu esen perisa vanila

Cara-Cara Menyediakan Kek Coklat Moist:

  • Campuran pertama:
    Campuradukkan semua bahan-bahan pertama iaitu gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam kuali. Masak semua bahan itu sehingga larut cair mengguna api kecil dan dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekatanya.
  • Campuran kedua:
    Campuradukkan dan ayak bahan kedua iaitu tepung gandum, serbuk koko , serbuk penaik dan soda bikarbonat dengan sekata.

Kek Coklat Moist 2

  • Kemudian, ambil 4 telur yang disediakan tadi untuk dipukul. Pukul telur itu sehingga kembang. Lebih kurang 5 minit macam itu la pukul telur.
  • Campuran Ketiga:
    Masukkan campuran pertama tadi dengan telur yang telah dipukul kembang. Pastikan anda campurkannya dengan sekata.
  • Kemudian, masukkan campuran kedua tadi dengan campuran ketiga. Campurkan campuran kedua sedikit demi sedikit dan kacau sehingga sebati dan sekata. Pastikan anda campurkannya dengan sekata dan tidak berketul-ketul.
  • Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat. Adun dan kacau sehingga sebati dan tidak berketul-ketul.

Kek Coklat Moist 5

  • Sediakan pengukus dan sapu marjerin pada loyang. Masukkan adunan atau campuran kek coklat moist anda ke dalam loyang.
  • Pastikan air sudah mendidih baru masukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat moist anda tadi.
  • Tutup loyang anda dengan aluminium foil, ini adalah untuk memastikan wap air tidak kena kek anda semasa mengukus.
  • Kemudian, kukus kek coklat moist selama 1 jam

 

Kek Coklat Moist 6

Sementara menunggu kek anda dimasak, anda boleh lah mengambil masa ini untuk menyediakan topping untuk kek anda atau dikenali sebagai ganache. Terdapat banyak cara dan kaedah untuk menyediakan ganache ini.

Kek Coklat Moist 7

Cara-Cara Menyediakan Ganache

Cara Pertama:

Bahan:

  • Setengah (1/2) cawan susu pekat manis
  • Dua (2) sudu besar serbuk koko
  • Dua (2) sudu besar mentega

Cara:

  • Masukkan susu dan serbuk koko dalam periuk(api kecil) dan kacau hingga pekat
  • Kemudian masukkan mentega  dan tutup api
  • Tunggu sehingga sejuk dan siram ke kek coklat moist anda.

Cara Kedua:

Bahan:

  • Setengah (1/2) bar coklat yang sudah di cair dan masak
  • Dua (2) sudu besar susu pekat manis
  • Satu (1) sudu mentega atau majerin
  • Satu pertiga (1/3) cawan susu segar

Cara:

  • Masakkan atas api guna kaedah Double boiler
  • Jika hendakkan coklat itu pekat, jangan letak susu segar
  • Tunggu sehingga sejuk dan siram ke kek coklat moist anda.

 

Kek Coklat Moist 8

Kek Coklat Moist anda sudah siap untuk dihidang. Kek anda sedia untuk dinikmati seisi keluarga.

Saya sisipkan satu video dari Youtube mengenai cara buat Kek Coklat Moist dalam bahasa inggeris. Silakan tengok video untuk lebih penjelasan.

Itu sahaja cara-cara menyediakan Kek Coklat Moist yang sedap mengikut resepi mudah saya. Anda dialu-alukan untuk mencuba cara ini dan berikan pandangan anda di ruangan komen. Share juga artikel ini jika anda ingin berkongsi dengan rakan dan keluarga anda. Terima kasih.

Terima kasih kepada adik kesayangan saya yang bernama Nasha Anisha yang telah menunjuk-ajar membuat kek yang sedap ini. Anda patut cuba!

Cuba lah rasa butter cookies yang di jual oleh adik saya ini. Klik di gambar bawah ini untuk membeli dari saya.

kek coklat butter cookies


Lihat juga artikel

 

 

Order cookies dari saya di 011-11199092

Ruang Komen