Makanan sunnah

Makanan Sunnah Kegemaran Rasulullah SAW

Posted on Posted in ROHANI

“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.” (Al-Baqarah: 172)

Makanan Sunnah Menjadi Kegemaran Nabi Muhammad ﷺ


“Anda apa yang anda makan”. Itu merupakan kata-kata yang sering kita dengar mengenai kesihatan tubuh badan kita. Kesihatan tubuh badan seringkali dikaitkan dengan pengambilan makanan atau diet yang baik. Diet yang baik sememangnya merangkumi setiap zat dalam kelas piramid makanan. Tetapi, kadangkala kita sering terleka dan tidak mengambil peduli terhadap makanan yang kita ambil dalam kehidupan harian.

Makanan terbaik adalah makanan yang diamalkan oleh Nabi Muhammad ﷺ. Baginda senantiasa mengambil makanan yang terbaik untuk diri Baginda, keluarga dan sahabat Baginda. Terdapat pelbagai jenis makanan yang baik untuk badan kita yang diamalkan oleh Nabi Muhammad ﷺ. Ianya makanan sunnah. Makanan sunnah sememangnya memberi banyak khasiat dan kebaikan kepada kita dan akan mengekalkan diri kita dari mempunyai penyakit.

Berikut merupakan antara makanan sunnah kegemaran Nabi Muhammad ﷺ yang ingin saya kongsikan bersama anda semua sebagai panduan diri saya dan anda semua.


Makanan Sunnah Madu

Makanan Sunnah

Firman Allah S.W.T di dalam Al-Quran:

“Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang berfikir,”

– Surah An-Nahlu, ayat 68 dan 69.

Madu lebah asli mengandungi enzim-enzim hidup yang diperlukan oleh tubuh badan untuk memastikan tubuh badan kita berada di tahap yang terbaik. Madu tidak boleh dihasilkan secara sintetik atau dibuat oleh manusia. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia.Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri. Madu mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan untuk tubuh badan kita. Antara khasiat Madu ialah seperti berikut.

Kebaikan Madu:

1. Makanan Untuk Minda

  • Menguatkan daya ingatan kita
  • Dapat menambah kekuatan dan kecerdasan minda kita

2. Bagus untuk sistem penghadaman tubuh badan kita

  • Menguatkan sistem penghadaman dan daya tahan kita terhadap keracunan makanan.
  • Memudahkan dan melancarkan pergerakan usus semasa membuang air.

3. Menambah Tenaga Badan

  • Memberi tubuh badan kita tenaga seharian dan dapat kurangkan pengambilan lemak
  • Menjadi sumber gula alternatif yang semula jadi untuk pesakit kencing manis dan buah pinggang. Jika kita mengambil madu secara berterusan, boleh mengawal kandungan gula kita dalam darah.
  • Menguatkan tubuh badan wanita mengandung. Seperti anda maklum, madu dapat menambahkan tenaga kita. Madu merupakan makanan tenaga semula jadi yang sesuai untuk ibu mengandung

4. Mata, Rambut dan Kulit

  • Madu dapat menjadikan rambut and mata lebih sihat dan bersinar.
  • Membantu penglihatan kita supaya lebih jelas.
  • Madu dapat membantu cepatkan proses penyembuhan luka atau kecederaan kulit apabila disapukan dan madu juga membantu melindungi daripada jangkitan kuman
  • Menjadikan kulit lebih sihat, halus dan kelihatan lebih muda.

MAKANAN SUNNAH Kurma

 Makanan Sunnah

Kurma atau Tamar merupakan sejenis tumbuhan yang berbuah dan boleh dimakan sama ada ketika ia sudah masak atau masih mentah. Terdapat 21 ayat yang menyebut tentang kurma di dalam Al-Quran. Kurma merupakan tumbuhan yang mempunyai pelbagai khasiat dan kegunaan yang mana sebahagian daripadanya sudah terbukti secara saintifik. Kurma juga adalah makanan yang wajib ada di rumah sesorang.

Nabi Muhammad SAW telah bersabda:

“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sihat”

Dari sudut sains pula, kurma mengandungi protein lebih kurang 2.5%, serat 8.0%. Kandungan gula di dalam kurma pula adalah sangat tinggi, iaitu sebanyak 63%, dan majoritinya adalah glukosa. Kandungan lemak di dalamnya pula adalah sangatlah sedikit iaitu 0.4% sahaja. Kurma juga terkenal dalam dunia perubatan tradisional memandangkan ia juga kaya denga zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan niasin.

Sememangnya tenyata buah kurma ini terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan untuk tubuh badan kita. Antara kebaikan buah kurma adalah seperti berikut:

Kebaikan Kurma:

1. Kaya Khasiat Baik Untuk Tubuh Badan

  • Kandungan gula glukosa yang tinggi didalam kurma dapat memberi tenaga segera atau booster kepada tubuh badan kita terutama sekali apabila kita berpuasa.
  • Anti Oksida baik untuk menguatkan sistem imunisasi badan kita
  • Tinggi Potassium menjadi electrolyte yang menstabilkan bendalir didalam tubuh kita.

2. Makanan Untuk Minda

  • Menguatkan daya ingatan kita
  • Dapat menambah kekuatan dan kecerdasan minda kita

3. Penawar Racun

  • Diriwayat oleh Aishah r.a.: “Jika sesiapa yang selalu makan kurma akan dihindari daripada terkena racun yang dimakan.”

4. Digunakan Sebagai Ubat

  • Dalam perubatan homeopati, biji kurma akan dikisar halus sehingga menjadi seperti serbuk teh. Kemudian direndam dan diminum bagi menyembuhkan pelbagai jenis penyakit.
  • Mencegah pelbagai penyakit seperti jantung, strok dan kencing manis

5. Baik Untuk Ibu Mengandung

  • Rasulullah SAW bersabda: “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikiran nya.”

MAKANAN SUNNAH Kismis

 Makanan Sunnah

Nabi Muhammad SAW bersabda:

“Biasakanlah memakan kismis kerana kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

“Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Kismis merupakan buah anggur yang telah dikeringkan. Kismis  telah digunakan dan diamalkan dalam pelbagai jenis tradisi dan budaya. Kismis boleh dimakan mentah ataupun digunakan di dalam masakan dan pembuatan kek. 60% daripada berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya. Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.

Terdapat pelbagai khasiat dan kebaikan kismis yang telah anda tahu. Antara kebaikan kismis adalah seperti berikut:

Kebaikan Kismis:

1. Kaya Khasiat Baik Untuk Tubuh Badan 

  • Magnesium – Baik untuk sistem saraf, fungsi otot dan penukaran gula kepada tenaga.
  • Kalsium dan fosforus – Membantu membina tulang dan gigi yang baik.
  • Zat besi – Membantu membina sel darah merah dan tisu-tisu badan yang rosak.
  • Kalium – Meningkatkan kadar denyutan jantung supaya sentiasa normal dan mengekalkan tekanan darah.
  • Vitamin C – Membantu pembentukan kolagen dan penyerapan zat besi ke dalam badan.
  • Vitamin B6 – Mencegah pengekalan air dan membolehkan penukaran karbohidrat kepada tenaga.
  • Vitamin K – Diperlukan untuk pembekuan darah yang normal dan sintesis protein yang terdapat di dalam plasma, tulang, dan buah pinggang.
  • Folat – Membentuk sel darah merah dan penting dalam peredaran darah ke seluruh tubuh.
  • Riboflavin – membantu dalam pelepasan tenaga untuk sel-sel badan dan membolehkan pemecahan lemak di dalam badan

2. Makanan Untuk Minda

  • Menguatkan daya ingatan kita
  • Dapat menambah kekuatan dan kecerdasan minda kita

3. Kesihatan Mata

  • Kismis juga kaya akan vitamin A yang baik untuk meningkatkan fungsi mata. Anti-oksidan yang membantu untuk melawan radikal bebas juga sangat baik untuk melindungi retina mata.

MAKANAN SUNNAH Delima

Makanan Sunnah

Allah SWT menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayat Al-Quran Nya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga.
Dalam Surah ar-Rahman, ayat 68 Allah berfiman:

“Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima”

Dari segi zat pemakanan, buah delima kaya dengan sodium dan mengandungi unsur-unsur nutrien khasiat seperti riboflavin, tiamin, niasin, vitamin C, kalsium dan fosforus. Delima mengadungi lemak dan zat protein yang sangat sedikit sahaja. Buah delima disarankan dimakan dalam mengimbangi pemakanan sempurna dari kelas buah-buahan. Antara kebaikan buah delima adalah:

Kebaikan Delima

1. Stabilkan Paras Kolestrol

  • Delima akan membantu tubuh badan kita menstabilkan tahap kolestrol dengan meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk

2. Digunakan Sebagai Ubat

  • Delima mempunyai pelbagai khasiat yang boleh membantu kita mencegah dan mengubati segala penyakit
  • Mengurangkan risiko penyakit seperti jantung, strok, kencing manis dan juga kanser
  • Delima mengandungi flavanoids dan polyphenols yang tinggi, antioksdian yang mampu melawan penyakit jantung dan kansere
  • Delima mengandungi phytochemical yang mendorong penerima serotonin dan estrogen, membaiki simptom tekanan dan tulang.
  • Kandungan antioksidan pada delima juga mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

3. Baik Untuk Wanita dan Anak Kecil

  • Delima mengandungi Potassium dimana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung apda waktu malam.
  • Delima dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat dan kulit yang cantik. Doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) yang juga akan menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi
  • Delima juga dapat memusnahkan dan mengurangkan sel kanser payudara , kanser kulit dan kanser prostate serta mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada.

4. Tambah Tenaga Batin

  • Delima kaya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada alat kelamin. Delima juga dikenali sebagai ‘natural viagra‘ dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi Delima juga dapat mencegah ketidaksuburan dan kemandulan.

MAKANAN SUNNAH Zaitun

Makanan Sunnah

Allah SWT telah menyebut di dalam Al Quran berkenaan dengan buah zaitun. Di dalam Al Quran, buah zaitun disebut sebanyak 7 kali. Sebanyak 2 kali zaitun di sebut bersendirian dan 5 kali lagi zaitun digambarkan dalam Al Quran bersama dengan buah- buahan lain seperti tamar, delima, anggur dan buah tiin. Sememangnya zaitun mempunyai pelbagai khasiat dan kebaikan tersendiri. Berikut adalah kebaikan buah zaitun:

Kebaikan Zaitun

1. Baik Untuk Wajah, Kulit dan Rambut

  • Minyak zaitun boleh digunakan untuk merawat kulit wajah yang berminyak, berjerawat dan luka
  • Minyak zaitun juga boleh digunakan untuk menyuburkan dan melebatkan rambut dengan menyapunya di rambut
  • Cara pemakaian minyak zaitun boleh lihat di sini

2. Digunakan Sebagai Ubat

  • Buah Zaitun mempunyai pelbagai khasiat yang boleh membantu kita mencegah dan mengubati segala penyakit
  • Mengurangkan risiko penyakit seperti jantung, strok, kencing manis dan juga kanser
  • Menjaga kepadatan tulang sehingga tidak terserang osteoporosis.
  • Menurunkan kadar glukosa dalam darah.
  • Mengurangi terjadinya penyumbatan (Trombosis) juga penebalan (Arteriosklerosis) pembuluh darah.

Makanan Sunnah Buah Tin

Makanan Sunnah

Demi buah Tiin dan Zaitun, Dan Gunung Tursina, Serta negeri (Makkah) yang aman ini, – Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). (At-Tiin: 1-4)

Buah syurga itu lah gelaran yang diberi kepada buah tin oleh Rasulullah SAW kerana Baginda telah bersabda diriwayatkan oleh Abu Dardar.a:

“Sekiranya kukatakan ada buah-buahan yang turun dari syurga maka itulah buah tin. Sebab, buah-buahan syurga itu tanpa biji. Makanlah ia, kerana ia dapat menghentikan wasir dan bermanfaat menyembuhkan sakit urat“

Kebaikan Buah Tin

  • Buah tin kering kaya dengan serat, tembaga, mangan, magnesium, kalium, kalsium, dan vitamin K, relatif diperlukan terhadap tumbesaran tubuh manusia.
  • Buah tin sangat sesuai mengatasi masalah berat badan.
  • Buah tin juga kaya dengan vitamin A dan B serta kadar tertentu dari vitamin C. Mengandungi Kalsium, fosforus, zat besi yang membantu pertumbuhan badan dan pembangkit tekanan darah.
  • buah tin mengandungi serat, kalium, dan magnesium dapat mengurangi serangan angin dan mampu mengawal tekanan darah tinggi.
  • Selain buahnya, daunnya juga memiliki manfaat. Beberapa manfaatnya iaitu untuk obat kencing batu, diabetes, dan asam urat.

Terdapat begitu banyak makanan sunnah yang lain selain dari apa yang saya senaraikan di atas. Sebagai tanggungjawab, saya berkongsi sedikit mengenai makanan sunnah yang diamalkan oleh Nabi junjungan kita Nabi Muhammad SAW. Sesunguhan nya apa yang diamalkan oleh Rasululluah SAW adalah yang terbaik untuk kita contohi dan dijadikan amalan kerana ianya akan menambah pahala kita kerana meneruskan sunnah Rasul kita. Marilah kita amalkan.

Dibawah saya selitkan video menarik mengenai penjelasan mudah mengenai makanan sunnah. Lihat video di bawah ini. Semoga kita dapat manfaat dari artikel saya ini.


Lihat juga artikel

Ruang Komen