Resepi Kek Batik Milo Coklat Di Salut Ganache

RESEPI KEK BATIK

Resepi Kek Batik Di Salut Ganache

Kek batik coklat dengan biskut ini adalah salah satu jenis “No-Bake Cake” atau kek yang dibuat tanpa perlu memasak nya. Kek batik coklat ini juga tidak menggunakan sebarang tepung.


RESEPI KEK BATIK | TEGUH

Sila ikuti resepi kek batik coklat biskut Marie saya ini untuk mendapatkan hasil yang seperti di atas. Resepi kek batik ini amat lah mudah dan senang untuk diikuti. Saya jamin anda pasti akan berpuas hati dan tidak menyesal dengan hasil nya.

BAHAN-BAHAN Resepi Kek Batik:

  1. Milo – 100gram
  2. Susu pekat manis – 195gram
  3. Susu segar – 100ml
  4. Biskut Marie – 300gram (Siap dipatah dua)
    Anda juga boleh guna lain biskut. Mengikut citarasa masing-masing
  5. Mentega – 125gram
  6. Kacang almond (siap dipotong dan dipanggang)
  7. Serbuk koko – 15gram

CARA-CARA MENYEDIAKAN Kek BAtik:

  1. Pertama sekali, cairkan marjerin di dalam kuali
  2. Kemudian, masukkan susu pekat, Milo dan serbuk koko
  3. Gaul kesemuanya sehingga sebati. Pastikan tidak berketul
  4. Kemudian, masukkan biskut
  5. Gaul biskut dengan coklat sehingga semua sebati
  6. Kemudian, masukkan kacang almond
  7. Gaul sehingga sebati
  8. Pastikan biskut tidak hancur semasa menggaul
  9. Ambil bekas loyang yang di lapik plastik di atas nya
  10. Kemudian, tuang semua bahan tadi ke dalam bekas
  11. Tekan bahan tersebut sehingga mampat di dalam bekas loyang itu
  12. Kemudian, simpan kek anda dalam peti sejuk untuk disejukkan
  13. Sejukkan dalam 4-6jam

Sementara menunggu kek batik coklat anda siap, anda boleh menyediakan topping ganache. Ganache ini adalah cairan coklat untuk disalutkan di atas kek batik anda. Untuk melihat cara-cara menyediakan ganache boleh pergi ke link ini. Di artikel KEK COKLAT MOIST saya ada tunjuk cara membuat ganache yang terbaik.


RESEPI KEK BATIK | TEGUH

Setelah kek batik anda sudah sedia. Keluarkan kek batik daripada loyang itu. Kemudian, potong dan susun kemas sebelum anda siram kek batik anda dengan ganache coklat. Kemudian boleh lah anda menikmati kek batik coklat biskut Marie di saluti coklat ganache anda bersama keluarga dan sahabat.


Saya telah berjaya membuat kek batik ini dengan mengikut panduan dari video ini. Anda semua digalakkan untuk menonton video ini untuk lebih pemahaman.


Mudah kan resepi kek batik coklat biskut Marie ini?  Anda juga harus mencuba. Jika anda ada pertanyaan dan penambahan anda boleh la tinggalkan komen anda. Juga lihat resepi Kek Coklat Moist saya.

Selamat Mencuba!


Lihat juga artikel

 

Ruang Komen