Resepi Puding Roti Coklat Cip!

Puding Roti - Teguh Prasetyo

Resepi Puding Roti

Puding roti adalah sejenis hidangan pencuci mulut atau dessert yang amat mudah untuk dibuat dan rasanya pun tersangat lah sedap. Anda boleh lihat resepi yang telah saya buat seperti berikut.

Puding roti

Bahan-bahan puding roti:

  • Roti (saya guna 10 keping roti Gardenia)
  • 500ml susu segar
  • 4 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Mentega
  • 4 sudu besar  gula pasir
  • coklat cip

Sos Kastard untuk puding roti:

  • 1 tin susu cair
  • 1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 2 sudu besar gula

Cara-cara membuat puding roti:

  1. Adunan puding – Masukkan susu segar, telur, gula dan esen vanila – gaul sehingga sebati. Kemudian letakkan coklat cip dan gaul lagi
  2. Potong roti – Saya hanya potong mengikut kesukaan saya.
  3. Sapu mentega di loyang yang anda akan gunakan
  4. Letak roti yang di potong ke dalam loyang dan tuang adunan di roti dalam loyang dan biar ia meresap selama 5 minit. (saya tekan menggunakan pisau bagi adunan meresap)
  5. Letakkan lebihan coklat cip di atas nya. (Jika anda mempunyai lebih cip coklat, lagi banyak lagi bagus 🙂 )
  6. Bakar di suhu 200 darjah celcius selama 20-30 minit di dalam oven.
  7. Untuk sos kastard, campurkan semua bahan ke dalam periuk dengan api sederhana hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing-masing)

Setelah sudah siap, keluarkan dari oven dan lihat lah hasil nyaaaa seperti ini… nyum nyummmm~~~

Puding Roti - Teguh Prasetyo

Gambar diatas adalah selepas keluar dari oven tanpa sos kastard. Anda boleh juga makan begitu sahaja tanpa sos kastard. Bagi saya sos kastard terlalu manis dan saya lebih suka makan puding roti sahaja tanpa sos kastard. Tapi terpulang lah kepada anda 🙂

Lihat video di bawah, saya juga mengikut resepi mudah di video ini. Selamat mencuba! Sila komen dibawah jika anda berjaya membuat puding roti mengikut resepi ini. 🙂

Lihat juga Artikel:

 

Resepi Kek Coklat
Resepi Kek Coklat
Resepi Puding Roti
Published On
2 min
1 hour
3 hour
4.3
1.5 Based on 3 Review(s)
Ruang Komen