Tadom Hill | Perfect Weekend Gateway!

Tadom Hill

Tadom Hill Resort

Tadom Hill adalah kawasan perkampungan orang asli yang berkeluasan 40 ekar, berdekatan dengan tasik dengan permandangan bukit batu kapur dan pokok-pokok yang indah. Terletak 45 minit dari ibu kota Malaysia, iaitu di Banting, Tadom Hill adalah satu tempat yang sangat sesuai bagi anda yang meminati aktiviti luar ataupun ingin bersantai melakukan aktiviti bersama rakan dan keluarga. Bagi anda yang ingin berehat dan mengambil masa cuti untuk tenangkan diri dan jiwa dari kemelut kerja atau pun kehidupan bandar, Tadom Hill sangat sesuai untuk anda. Anda pasti dapat merasakan bagaimana chill dan relax nya tempat ini.  Hampir segala dekorasi dan reka bentuk di Tadom Hill ini adalah diperbuat daripada buluh atau bamboo.



Aktiviti Menarik Di Tadom Hill

Selain daripada bersantai bersama rakan dan keluarga , pelbagai aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di Tadom Hill Resort ini. Ikuti senarai yang saya buat untuk segala aktiviti yang boleh dilakukan di sana.

Tadom Groove Di Tasik Tadom Hill

Tadom HIll

Tadom Groove merupakan tempat semua orang berkunjung dan berkumpul di mana aktiviti utama jika anda mengunjungi Tadom Hill mestilah anda hendak bermandi-manda di tasik nya yang biru kehijauan. Tadom Groove lah tempatnya. Walaupun ianya tasik, air nya bersih dan selamat untuk aktiviti mandi-manda. Selain daripada anda bersantai mandi-manda bersama keluarga, pelbagai aktiviti anda boleh lakukan seperti bermain kayak buluh yang disediakan seperti diatas ini. Jaket keselamatan juga disediakan, jadi anda tak perlulah risaukan anda akan tenggelam. Semua kemudahan seperti jaket keselamatan dan rakit buluh adalah percuma. Anda boleh melakukan aktiviti ini dari 8:00pagi hingga tasik ditutup iaitu 6:30petang.

Anda boleh lihat video ini untuk aktiviti air yang menarik boleh dilakukan disini. Contohnya, anda boleh lompat dari papan buluh setinggi 5 meter ke air, juga ada tali tarzan yang anda boleh bergayut dan terjun ke air. Terdapat juga rakit buluh untuk anda naik untuk bersantai di air tasik.

kredit Video: Bally Da Shoe


Berbarbekue (BBQ) di Tadom Hill

Tadom Hill

Selain dari bermain air, anda juga boleh berbarbekue di kawasan yang telah disediakan. Anda boleh menyewa tempat untuk BBQ atau dipanggil BBQ Pit ini di kaunter perkhidmatan. Anda juga boleh berbarbekue pada waktu malam jika anda menginap di sini.

Tadom Hill

Kadar sewa BBQ Pit adalah seperti berikut:

Kadar sewa:
BBQ Pit: RM50
Meja dan Kerusi : RM3 / orang
Arang : RM15 / kotak

Waktu:
Tengah Hari: 11:00am – 3:00pm
Malam: 6:00pm – 10:00pm


Tadom Base

Tadom Hill

Tadom Base adalah satu tarikan di dalam Tadom Hill Resort ini. Ia adalah bagi sesiapa yang menggemari aktiviti lasak dan ingin menguji kekuatan diri dan ketahanan fizikal. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh anda lakukan di Tadom Base ini.

Terdapat 4 zon yang boleh di pilih oleh anda iaitu:

  • Zon Hijau
  • Zon Merah
  • Zon Biru
  • Zon Coklat

Direka bukan sahaja untuk mencabar ketahanan fizikal anda dan ketabahan mental tetapi juga platform untuk memupuk semangat berpasukan untuk menyelesaikan semua halangan.

Dengan persekitaran rupa bumi yang kasar semulajadi , bukit batu kapur dan tasik kristal yang jelas, anda boleh mengalami pelbagai sukan lasak; yang menguji ketahanan dan kekuatan badan dan minda yang menakjubkan. Ianya dijamin untuk menjadi satu pengalaman yang luar biasa . Satu cabaran yang tidak boleh dilepaskan, Zip Line Double lebih 300 meter panjang – pastinya akan mengepam adrenalin anda!

Tadom Base juga menyediakan pakej-pakej aktiviti yang menarik anda boleh lah memilih nya mengikut apa yang anda mahu. Anda pasti tidak menyesal dan ingin melakukan semua nya di masa hadapan.

Anda boleh dapatkan maklumat lengkap mengenai Tadom Base melalui medium di bawah ini:

Website: Tadom Base
Facebook: Tadom Base Facebook
Telefon: 03-7986 0076

Tadom Base juga akan menganjurkan acara atau event khas pada masa-masa tertentu. Pastikan anda tidak terlepas peluang untuk terlibat dalam event ini. Sila lihat video menarik di bawah ini mengenai event Warrior Madness 2015. 



Penginapan Di Tadom Hill

Di Tadom Hill Resort, ada juga menyediakan temapt untuk anda bermalam di sana. Anda boleh memilih tempat menginap mengikut pilihan hati anda. Saya akan menyenaraikan pilihan untuk anda di bawah ini.

Gendui Chalet

Tadom Hill

Gendui Chalet dinamakan sempena “Gendui Tadom” amat disayangi , seorang pemimpin lagenda Bukit Tadom yang mengetuai penduduk kampung terhadap pencerobohan oleh orang yang tidak bertamadun (binatang-binatang buas di hutan). Gendui Chalet ini adalah tempat penginapan terbaru yang dibina di Tadom Hill. Ada 2 pilihan anda di Gendui Chalet, samada 1 katil Queen atau 2 katil single. Bagi anda yang menginginkan waktu peribadi bersama pasangan atau keluarga, chalet ini adalah pilihan sesuai.

Kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Katil 9”gred hotel
  • 2 Bantal
  • 1 duvet
  • Tuala mandi
  • Hanger dan tempat menggantung pakaian
  • Soket kuasa (wall power socket)
  • Cermin
  • Kipas siling
  • Dilarang merokok

Harga boleh di lihat di bawah artikel ini


 Tadom Bamboo Hut

Tadom Hill

Tadom Bamboo Hut ini adalah satu dorm besar yang boleh memuatkan 12 orang dalam satu masa. Terdapat 6 tilam di dalam nya. Maksimum 1 tilam adalah 2 orang sahaja. Semua tilam di bahagikan dengan kelambu nyamuk sahaja. Ia bukanlah pilihan sesuai untuk sesiapa yang hendak berbulan madu. Anda juga boleh menyewa seluruh dorm ini jika anda datang berkumpulan.

Kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Katil single
  • 1 Bantal
  • 1 Selimut
  • Kain linen
  • Kelambu nyamuk individu
  • Ruang Menyimpan loker (Sila bawa kunci sendiri(Padlock))
  • Soket kuasa (wall power socket)
  • Kipas siling
  • Dilarang merokok

Harga boleh di lihat di bawah artikel ini


Hammock Sphere

Tadom Hill

Hammock Sphere adalah tempat menginap yang menarik kerana anda boleh tidur didalam buai rajut! Dimana anda boleh tidur dan lepak dengan sahabat atau keluarga didalam buai? Tadom Hill Resort ada menyediakannya. Kelambu nyamuk juga disediakan di dalam Hammock Sphere ini. Plug untuk anda cas telefon atau gadget anda juga disediakan di tengah-tengah Hammock Sphere.

 Tadom Hill

Anda boleh lepak dan bersantai bersama rakan dan keluarga didalam Hammock ini. Ia nya sangatlah seronok. Tidak kira berapa besar saiz anda, anda pasti boleh muat didalam nya. Tidak perlu risau!

Kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Kelambu nyamuk individu
  • Soket kuasa (wall power socket)
  • Kipas siling
  • Dilarang merokok
  • Hammock & Beg tidur disediakan semasa daftar masuk

Harga boleh di lihat di bawah artikel ini


Khemah

 Tadom Hill

Anda juga boleh menyewa khemah yang disediakan di Tadom Hill ini. Terdapat banyak khemah disediakan untuk anda. Ada 2 jenis khemah iaitu “Lakeside Tent” atau pun “Garden Tent” seperti gambar ini. Khemah ini boleh memuatkan 2 orang dewasa ataupun 1 orang dewasa dan 2 kanak-kanak.

Kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Khemah sudah didirikan
  • Bumbung khemah ditutupi dengan daun nipah
  • Beg tidur & lapik tidur & bantal pekhemahan mudah kembung disediakan semasa daftar masuk

Harga boleh di lihat di bawah artikel ini



Kemudahan Lain Di Tadom Hill

Tadom Hill Resort turut menyediakan pelbagai kemudahan asas seperti resort lain. Berikut adalah antara kemudahan-kemudahan yang disediakan.

tandas Tadom Hill

Tadom Hill

Kemudahan paling asas dimana-mana sahaja mestilah tandas. Tadom Hill menitikberatkan kebersihan tandas nya. Keadaan tandas adalah sangat bersih. Ia nya juga dibahagi lelaki dan perempuan. Anda yang melakukan segala aktiviti boleh mandi dan bersihkan diri di tandas yang disediakan.


surau Tadom Hill

Tadom Hill

Bagi pengunjung yang beragama Islam, anda pastilah tidak mahu terlepas waktu untuk solat walaupun dimana anda berada. Di Tadom Hill juga menyediakan ruang solat ataupun Surau.


Ruang Parkir Tadom Hill

Tadom Hill

Ruang parkir yang luas turut disediakan. Anda tidak perlu khuatir jika tiada ruang parkir di sini.



Harga Di Tadom Hill

Harga Penginapan di Tadom Hill

Berikut adalah harga terkini tempat penginapan di Tadom Hill Resort ini.

Tadom Hill

Gambar dari FB Tadom Hill Resort


Harga Kemasukan Harian (Day Pass)

Berikut adalah harga bagi anda yang datang untuk melakukan aktiviti sehari sahaja dan tidak menginap.Atau di panggil sebagai Day Passer.

Tadom Hill

Gambar dari FB Tadom Hill Resort


Anda boleh juga menghubungi Tadom Hill Resort ini seperti di bawah:

Website: tadomhillresorts.com

Facebook: www.facebook.com/tadomhill/

Instagram: www.instagram.com/tadomhillresorts/

Telefon: 017-522 5908 / 013-816 1175

Alamat: Bukit Tadom, Kampung Labohan Dagang, 42700 Banting, Selangor



Lihat juga artikel

 

Ruang Komen