Teka Teki bijak

Teka Teki Susah, Pantun, Bijak Dan Lawak

Posted on Posted in INSPIRASI, MENARIK

Teka Teki 0

Koleksi Teka Teki Susah, Pantun, Bijak Dan Lawak!

Teka Teki adalah soalan atau kenyataan sengaja diungkap dan ianya memerlukan kebijaksanaan dan kemahiran berfikir dalam menentukan jawapan atau maksudnya, biasanya dijadikan sebagai satu permainan. Permainan yang sangat menyeronokkan.

Mari lah kita bermain teka teki bagi menghilangkan penat lelah dan stress. Anda juga boleh menambah kemahiran berfikir dengan menjawab semua yang saya sedia. Saya berani jamin anda tidak akan kering gusi. Kelakar sangat.


Teka teki pantun

Teka Teki 1

Tuan Puteri belajar menari,
Tarian diajar oleh Pak Harun,
Jika Tuan bijak bistari,
Apakah yang naik tak pernah turun?

Jawapan

Ada tubuh ada tangan,
Tiada kepala tiada kaki,
Amat berguna tatkala hujan,
Apakah gerangan ini?

Jawapan

Buah budi bidara mengkal,
Masak sebiji di tepi pantai,
Hilanglah budi bicara akal,
Buah apakah tak bertangkai?

Jawapan

Teka teki lawak

Teka Teki lawak

Kuih apakah yang dibungkus tetapi isi nya di luar?

Jawapan

Saya ada 4 Kepala, 8 tangan dan 16 kaki. Siapakah saya?

Jawapan

Dalam banyak-banyak pokok, pokok tinggi di seluruh dunia?

Jawapan

Apakah yang “Jauh di mata, dekat di hati”?

Jawapan

Rumah apa yang banyak guna air?

Jawapan

Di dalam nenas ada apa?

Jawapan

Didalam banyak-banyak kasut, kasut apakah yang ramai orang cari?

Jawapan

Teka teki susah dan bijak

Teka Teki bijak

Berapa banyak binatang dari setiap species yang dibawa Nabi Musa ke bahteranya?

Jawapan

Jika,

2 + 7 = 18

4 + 4 = 32

5 + 9 = 70

8 + 3 = 88

Maka,

9 + 6 = ?

Jawapan

Amir mempunyai  beberapa ekor burung dan beberapa ekor kucing. Jumlah keseluruhan haiwan belaannya adalah 30 ekor. Jumlah kaki haiwan-haiwan tersebut adalah 74. Soalannya, berapa ekor burung yang dimiliki oleh Amir?

Jawapan

Terlalu senang untuk anda? Saksikan video dibawah untuk sesuatu yang akan mencabar minda. Ia nya bukan magik atau gimik. Saksikan video menarik ini. Anda pasti sukakan nya. Juga, jangan lupa share kepada kawan-kawan anda dan biar mereka pula bergelak ketawa.

 

 

Ruang Komen