Tempat Menarik Di Perak | TEGUH PRASETYO

Tempat Menarik Di Perak

Posted on Posted in DESTINASI

 Tempat Menarik Di Perak | TEGUH PRASETYO

Tempat Menarik Di Perak Darul Ridzuan

Dikenali sebagai Perak Darul Ridzuan, adalah merupakan negeri yang kedua terbesar di Semenanjung Malaysia selepas Pahang, dan keempat terbesar di Malaysia.

Penemuan arkeologi menunjukkan bahawa Perak telah didiami sejak zaman prasejarah. Legenda menceritakan tentang sebuah kerajaan Hindu-Melayu yang disebut Gangga Negara di barat laut Perak.

Sejarah Kesultanan Perak bermula pada tahun 1528 dengan kemahkotaan Sultan Mudzaffar Shah I, keturunan Sultan Mahmud Shah dari Kesultanan Melayu Melaka (era Melaka). Oleh demikian, Kesultanan Perak adalah keturunan secara langsung daripada Kesultanan Melayu Melaka.


Tempat Menarik Di Perak Yang Patut Anda Tahu

Terdapat pelbagai tempat menarik di Perak yang anda perlu tahu kerana Perak adalah negeri kedua terbesar yang merangkumi 8 daerah di dalamnya. Dengan jumlah penduduknya seramai 2.5juta, Perak merupakan destinasi pilihan para pelancong luar dan dalam negara.


Sekarang saya akan senaraikan tempat menarik di Perak yang saya cadangkan untuk anda kunjungi jika anda bercadang untuk mengunjungi negeri Perak di masa akan datang.

1. Art Of OldTown (Ipoh Street Art)

Tempat Menarik Di Perak | TEGUH

Ipoh, selaku ibu negeri ia masih mengekalkan cara tradisional iaitu dari segi reka bentuk dan struktur bandar nya. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Ipoh.  Ipoh juga terkenal dengan pelbagai tempat makan menarik.

Terbaru, Ipoh mulai terkenal dengan tarikan terbaru nya iaitu Street Art atau Seni Lukis Jalanan yang terdapat pada dinding bangunan sekitar Ipoh. Pelbagai lukis dinding jalanan atau mural anda dapat lihat di dinding bangunan di Ipoh. Antara nya seperti di bawah ini:

Tempat Menarik Di Perak | TEGUH

Alamat:

1. A Paper Plane (4.598776 N, 101.077827 E)
2. An Old Uncle Drinking Coffee (4.59843 N, 101.078542 E)
3. A Yellow Hummingbird (4.596715 N, 101.078483 E)
4. A ‘Kopi’ Break (4.596771 N, 101.078612 E)
5. A Bag Of Coffee (4.595918 N, 101.078195 E)
6. Girl On A Wall In Bandar Timah (4.59691 N, 101.078152 E)
7. Old Town Relives Nostalgia With Trishaw (4.59531 N, 101.078511 E)
8. Tin Mining Town With Chinese-Style Painting (4.5964 N, 101.079252 E)


2. Menara Condong Teluk Intan

Tempat Menarik Di Perak | TEGUH

Antara tempat menarik di Perak yang anda harus pergi ialah Menara Condong Teluk Intan. Menara Jam Condong di Teluk Intan ini telah menjadi mercu tanda Teluk Intan dan Perak. Leong Choon Cheong atau Ah Cheong ialah arkitek yang betanggungjawab membina menara ini, beliau mendapat ilham membina dengan reka bentuk demikian berdasarkan bangunan pagoda di Negara China. Mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali, Menara ini boleh dikatakan sama popular dengan Menara Condong Pisa di Itali itu.  Sekarang di 2016, menara yang berusia 131 tahun ini masih tersergam kukuh bagai tidak dimakan dek usia. Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setiggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga.

Menara ini sebenarnya dibina untuk menjadi tempat takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Pada tahun 1895, Teluk Intan telah dilanda musibah banjir besar sehingga menara ini tenggelam. Banjir yang berlaku dengan bebanan air yang berat dipercayai punca menara ini mula condong ke arah Barat.

Alamat:
Jalan Pasar, Pekan Teluk Intan, 36000, Teluk Intan, Perak, Malaysia


3. Bukit Larut (Maxwell Hill)

Tempat Menarik Di Perak | TEGUH

Dikenali sebagai Maxwell Hill suatu ketika dahulu, ianya diasaskan pada tahun 1884 oleh William Edward Maxwell , British Penolong Residen Perak. Bertempat di ketinggian 1250 meter di atas paras laut, ia adalah paling tempat basah di Malaysia , dengan catatan hujan tahunan lebih 500 cm. Suhu di sini adalah sekitar 15 darjah selsius pada awal pagi dan lewat petang, mencecah kepada 10 darjah selsius pada waktu malam.

Bukit Larut telah menjadi salah satu pusat peranginan di tanah tinggi yang popular di Malaysia. Aktiviti utama yang boleh dilakukan di Bukit Larut adalah mendaki. Ramai orang tempatan dan pelancong datang ke Bukit Larut ini untuk mendaki. Dengan jalan sejauh 10KM naik dan 10KM turun, pengunjung boleh mendaki berjalan atau menaiki kenderaan yang disediakan. Hanya 100 tiket yang dijual pada setiap hari dan hujung minggu dan mengikut jadual naik kenderaan sahaja. Harga tiket untuk dewasa ialah RM6 seorang dan RM3 kanak-kanak.

Terdapat pelbagai resort atau banglo yang anda boleh disewa jika anda berniat untuk menginap di sana. Anda dan keluarga boleh lah menginap dan merasai suasana yang aman serta sejuk dan dingin di atas sana sambil menikmati keindahan alam semulajadi.

Alamat:
Pejabat Hutan Daerah Larut & Matang,
34000 Taiping, Perak

Harga:
Untuk info harga Resort dan penginapan boleh lihat di laman web ini Bukit Larut Office

Website: Bukit Larut Office
Telefon: 05-807 7241/ 7243


4. Gua Tempurung

Tempat Menarik Di Perak | TEGUH

Tersenarai antara tempat menarik di Perak saya, Gua Tempurung ini pertama kali dikenal pasti pada tahun 1887 di Peta Perak Melayu Semenanjung, yang menunjukkan gunung dieja sebagai “Gunong Tempoo Rong“. Jabatan Mineral dan Geosains anggaran usia pembentukan batu dalam bidang Gua Tempurung menjadi antara 250 dan 400 juta tahun.

Gua Tempurung adalah gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia dengan panjang keseluruhan gua yang sedang 4.5km, manakala bahagian yang boleh diakses kepada orang ramai kira-kira 1.9km. Gua ini mengandungi sungai bawah tanah 1.6km panjang. Laluan pejalan kaki telah dibina dalam beberapa bahagian gua menjadikannya mudah bagi pengunjung untuk bersiar-siar sambil menikmati pemandangan air terjun bawah tanah yang indah dan stalaktit loket tergantung dari stalagmit bumbung.

Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Gua Tempurung ini. Aktiviti paling diminati adalah lawatan ataupun “Tour“. Terbahagi kepada 4 jenis tour iaitu “Golden Flowstone”, “Top of The World”, “Top of The World & River Adventure” dan “Grand Tour”. Anda boleh lah lihat sendiri dengan lebih maklumat di laman web mereka disini www.guatempurung.my.

Boleh lah anda dan keluarga atau sahabat anda yang ingin kan pengembaraan pengembaraan di dalam gua datang ke sini. Saya amat sarankan. Aktiviti yang disediakan amat menyeronokkan. Jangan lupa bawa baju lebih kalau nak ke sini.

Tempat Menarik Di Perak | TEGUH

Alamat:
Pusat Pelancongan Gua Tempurung, 31600 Gopeng, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.

Website: www.guatempurung.my
Telefon:
Ayu – 017 527 1926
Pn Sharifah – 012 529 2426
Shahril – 012 554 9830


5. Kellie’s castle

Tempat Menarik Di Perak | TEGUH

Kellie’s Castle dikenali juga sebagai Rumah Kellas, dibina pada sekitar tahun 1910 oleh William Kellie Smith yang merupakan seorang peladang getah terkemuka British di Tanah Melayu pada ketika itu. Pada tahun 1915, bagi meraikan kelahiran anak lelaki mereka Anthony, William Kellie Smith telah memutuskan untuk memperluaskan lagi kediamannya. Beliau telah membuat perancangan untuk membina sebuah istana besar yang akan menjadi sebahagian daripada Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.

Istana yang diimpikan ini tidak dapat disiapkan setelah William Kellie Smith meninggal dunia pada usia 56 tahun di Pelabuhan Lisbon, Portugal akibat radang paru-paru pada 11 Disember 1926. Setelah kematian William, Agnes telah meninggalkan Tanah Melayu dan menjual segala harta milik mereka, termasuk istana tersebut, lalu mengarahkan pembinaannya tidak diteruskan dan dibiarkan begitu sahaja, maka pembinaan Kellie’s Castle diberhentikan pada tahun 1926.

Bagi anda yang ingin berkunjung dan melihat sendiri betapa cantik nya binaan Istana ini boleh lah bawa keluarga dan sahabat ke sini. Mengikut pengalaman, saya boleh nasihatkan anda supaya bawa payung jika datang ke sini. Maklumlah cuaca agak panas kan.

Tempat Menarik Di Perak | TEGUH

Alamat:
Kellie’s Castle, 31000 Batu Gajah, Perak, Malaysia

Harga Tiket:
Dewasa : RM5.00 (MyKad) & RM10.00 (Non-MyKad)
Kanak-kanak (4 – 12 Tahun): RM3.00 (MyKad) & RM8.00 (Non-MyKad)
Warga Emas (60 tahun dan ke atas): RM4.00
Kumpulan (min 20pax): RM4.00 (MyKad) & RM9.00 (Non-MyKad)

Telefon:
05-365 3381


6. Sam Poh Tong temple (Cave Temple)

 Tempat Menarik Di Perak | TEGUH

Sam Poh Tong Temple ialah sebuah “Chinese Buddhist Temple” terbina di dalam sebuah gua batu kapur di dalam gunung yang terletak lebih kurang 5km dari bandar Ipoh.. Ia nya adalah sebuah tokong tertua dan paling terkenal di Perak. Bagi penganut Buddha, tokong ini adalah salah satu antara tempat menarik di Perak yang anda perlu pergi.

Dikatakan Tokong ini dibina oleh seorang sami dari China pada tahun 1890an yang telah datang ke Ipoh. Dia ternampak gua ini dan ingin dijadikan rumah dan  tempat meditasi. Sehingga hari ini, masih ramai sami Buddha berada di sana untuk bermeditasi.

Di dalam Tokong Gua Sam Poh Tong ini terdapat sebuah patung Buddha emas yang sedang duduk yang amat besar. Dengan ketinggiannya 40 meter, Ia adalah tarikan utama di dalam Tokong ini. Terletak di sebelah nya ialah 4 patung penjaga yang dikatakan dewa-dewi untuk nya

Tempat Menarik Di Perak | TEGUH

Reka bentuk tokong ini yang begitu cantik tersergam menjadikan ia nya tarikan pelancong. Dekorasi taman nya adalah menggunakan batu tanglung Jepun dan Pagoda untuk menambahkan kecantikan dan keindahan taman nya. Dinding gua dihiasi dengan mural berwarna-warni yang menggambarkan watak-watak dan peristiwa-peristiwa dari Mitologi Cina dan kitab-kitab Buddha. Ramai pelancong luar dan dalam negara sama ada penganut Buddha atau tidak telah datang untuk melihat sendiri tokong ini. Tokong ini juga menawarkan pelancong peluang untuk melepaskan kura-kura ke dalam kolam kura-kura sebagai satu upacara untuk “mengimbangi karma” seseorang

Alamat:
Sam Poh Tong, Gunung Rapat,
31350 Ipoh, Perak, Malaysia

Telefon:
05 – 2552 772


7. Zoo Taiping & Night Safari

 Tempat Menarik Di Perak | TEGUH

Zoo Taiping adalah tempat menarik di Perak yang sesuai untuk dijadikan tempat percutian keluarga anda. Anak-anak kecil mesti amat gembira jika anda bawa ke zoo ini. Mereka bakal melihat dan belajar mengenai kehidupan haiwan-haiwan. Pelbagai aktiviti juga disediakan oleh pihak zoo seperti persembahan haiwan dan masa beri makan kepada haiwan.

Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping adalah satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Berkeluasan 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambilkira habitat asal haiwan tersebut. Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dengan terletaknya di kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill). Zoo Taiping merupakan habitat kepada 1300 ekor binatang yang terdiri daripada 180 spesis. Perkhidmatan Keretapi Mini Zoo juga disediakan percuma.

Night Safari Taiping merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia. Keindahan dan keaslian alam semulajadi semakin indah apabila dibayangi cahaya di waktu malam. Dalam usaha untuk mengekalkan sumber-sumber alam semulajadi. Night Safari Taiping mempamerkan hidupan-hidupan liar yang aktif pada waktu malam dalam suasana semulajadi. Ini memberi peluang kepada pelawat untuk menghayati dan menghargai khazanah alam semulajadi sambil berhibur serta menenangkan fikiran. Perkhidmatan Keretapi Mini Night Safari juga disediakan percuma.

 Tempat Menarik Di Perak | TEGUH

Alamat:
Jalan Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak

Harga Tiket (Zoo Taiping):
Dewasa: RM16.00
Kanak-Kanak: RM8.00

Harga Tiket (Night Safari):
Dewasa: RM20.00
Kanak-Kanak: RM10.00

Waktu Operasi:
Zoo Taiping:
08:30am – 06:00pm (Setiap Hari)

Night Safari:
08:00pm – 11:00pm (Isnin – Jumaat)
08:00pm – 12:00pm (Sabtu -Ahad)

Website: Zoo Taiping & Night Safari
Telefon: 05 – 8086 577


8. Lost world tambun

Tempat Menarik Di Perak | TEGUH

Antara tempat menarik di Perak terletak di Tambun, tempat yang berdekatan dengan bandar Ipoh, Sunway Lost World Of Tambun adalah sebuah taman tema yang diterajui oleh Sunway Company. Dibuka pada November 2004, dengan anggaran perbelanjaan RM60 juta ianya adalah taman tema semulajadi yang terbesar di Malaysia

Di Lost World of Tambun ini bukan sahaja terkenal dengan taman tema air di Lost World Water Park dan Porcupine Trail. Ada juga banyak tempat lain untuk kita jelajahi antaranya:

  • Lost World Amusement Park – Anda boleh mencuba menaiki permainannya seperti roller coaster dan sebagainya.
  • Lost World Swan Lake kita – Anda boleh bagi ikan makan, berkayak dan bermain bot kayuh berbentuk swan. Harga sewa bot Rm5.00/orang
  • Lost World Tin Valley kita dapat melihat keadaan Tambun pada masa dahulu terkenal dengan pelombongan tin.
  • Lost World Petting Zoo dan Lost World Animal Care Centre  – Ini adalah mini zoo, anda boleh lihat semua haiwan dari 55 spesis di sini. Ambil tahu juga masa show mereka:Raccoon Feeding Show : 12.00 pm
    Tortoise Feeding Show  : 2.00 pm
    Wild Feeding Show       : 3.30 pm
  • Lost World Tiger Valley –  Saksikan pelbagai jenis kucing dan harimau yang jinak menghiburkan hati. Jangan terlepas aksi menarik penjaga memberi makan kepada harimau.Tiger Feeding Show: 3.00pm & 4.00pm
  • Lost World Adventure Park – Bagi anda yang meinati aktiviti lasak, ini adalah untuk anda.
  • Hotspring & Spa By Night – Nikmati malam anda bersama keluarga dan sahabat anda di kolam air panas ini

Disini juga menyediakan hotel. Pelbagai jenis bilik disediakan mengikut anda punya kesesuaian. Anda boleh menempah bilik di laman web Lost World of Tambun seperti yang tertera di bawah

Tempat Menarik Di Perak | TEGUH

Alamat:
No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh,
31150 Ipoh, Perak

Waktu Operasi:
Lost World of Tambun:
11.00 am – 06.00 pm (Isnin – Jumaat )
10.00 am – 06.00 pm (Sabtu – Ahad )

Lost World Hot Spring and Spa:
06:00pm – 11:00pm (Setiap Hari)

Crystal Spa:
03.00 pm – 11.00 pm (Setiap Hari) (Kecuali Selasa 06.00 pm – 11.00 pm)

Harga Tiket (Lost World of Tambun):
Dewasa: RM56.00
Kanak-Kanak: RM49.00
Kanak-kanak di bawah 90cm Percuma

Harga Tiket (Lost World Hot Spring and Spa):
Dewasa: RM24:00

Website: Lost World Of Tambun
Telefon: 05 542 8888 / 05- 540 8888 (Hotel)


Di bawah ini adalah video menarik yang saya dapat dari Youtube tentang Art Of Oldtown Ipoh. Ia adalah video mengenai perjalanan pembuatan Street Art oleh artis Ernest Zacharevic dari Lithuania. Dia telah membuat 8 jenis mural di Ipoh. Beliau juga yang buat di Penang Street Art dan juga Singapura. Saksikan video menarik ini.

Sekian saya senarai saya mengenai tempat menarik di Perak yang pernah saya pergi. Semoga memberi maklumat yang lengkap untuk anda yang merancang untuk pergi melancong ke Perak. Terdapat pelbagai lagi tempat menarik di Perak yang saya tidak senaraikan di sini. Anda boleh lah tinggalkan komen di bawah dan mungkin saya akan tambah dalam senarai saya.


Lihat juga artikel

 

Ruang Komen